Pages

Monday 18 April 2016

Tips mudah memasak bagi ibu yang busy melampau



 "Ibu bekerja tiada masa untuk menyediakan makanan best2 untuk keluarga kerana kesuntukan masa berbanding suri rumah sepenuh masa."

maaf ye, Ummi kurang setuju statement tu..

Dengan kecanggihan teknologi & pelbagai info di sana sini yg senang diperolehi, itu bukan statement yg sesuai utk mummy semua. Jangan limitkan keupayaan diri sendiri untuk mencuba & meningkatkan produktiviti diri sendiri. Cuba selidiki bagaimana pengurusan seorang ibu bekerjaya dalam menguruskan rumahtangga dengan baik? Rata2 yg Ummi dapati, kebanyakan daripada mereka mementingkan soal pemakanan untuk keluarga. Kebanyakan makanan yg dimasak & disediakan sendiri & kurang membeli dari luar..makanan yg disediakan sendiri lebih bersih, lebih berkat, lebih kasih sayang & byk lagi lebih2nya....

Apa yg dapat Ummi simpulkan, kebanyakan daripada mereka mengamalkan cara pengurusan masa yg baik & sistematik tanpa membataskan kreativiti masing2..di sini Ummi ada kongsikan beberapa tips mudah untuk penyediaan makanan bagi mummy2 yang busy namun berhasrat untuk masak sendiri di rumah..so, lps ni jangan ada alasan untuk kita tak masuk ke dapur ye :)

Jom kita semak tip utk panduan bersama

1. Nawaitu & azam yang istiqomah

Niatkan agar segala amalan kita adalah kerana Allah & menjadi ibadah yang diberkati. Azam mesti kuat, niat dalam hati, nak sediakan makanan halal & bersih untuk keluarga. Moga hati ahli keluarga bersih..Ingat ye, "Hati yang bersih adalah ditempa daripada makanan yang halal" . InsyaAllah jika niat kita baik, akan dipermudahkan semuanya..


2. Rancang menu untuk seminggu, bukan sehari

Sediakan senarai menu mengikut kreativiti masing2 contohnye, tulis kt whiteboard mini, tulis kt memo n tampal kt fridge & mana2 cara yg difikirkan sesuai as long as, kite boleh nampak setiap kali masuk dapur..jgn lupa share / diskas menu with your loving kids n husband utk fav menu diorg..try la..anak2 mmg excited dlm pemilihan menu ni.. en husband plak control macho jer..tp dlm hati, mmg byk pilihan sebenarnya :)

3. Siapkan semua bahan utk semua menu sejurus balik dr shopping

Dalam part ni, mummy2 kena bijak dalam pembahagian bahan utk masak. Boleh follow menu yang dah dirancang untuk seminggu tu. Jangan terus simpan barang yang dibeli dikhuatiri  kita terlupa & akan ambil masa utk preparation..Ummi percaya mummy2 kat sana lagi expert kan :)

4. Semua bahan yg sudah disiang/potong simpan dlm bekas elok.label ikut tarikh

Boleh identify bekas2 yang sesuai untuk storage bahan2 basah & bahan2 kering. Sekarang ni banyak pilihan. ada yag mahal, murah, warna warni pun ada..boleh beli kat mana2 pasaraya. online pun banyak.. boleh label tarikh n menu pada bekas tersebut.

One tip for penyimpanan sayur, lepas potong sayur, jgn terus basuh..balut dengan tisu dapur, baru masuk dlm bekas.. insyaAllah tahan lama.. klu x nak guna tisu dapur, boleh ganti dengan aluminium foil..cuba la, Ummi x pernah guna aluminium foil, org kata lebih jimat coz boleh basuh & recycle..apapun, boleh share the result ye.

Untuk penyimpanan bahan2 basah.. pastikan ayam/ikan/daging terus disiang dan simpan dalam bekas yg berlainan. boleh simpan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.means, setiap kali nak masak, just keluarkan bekas yg diperlukan sahaja. Kalau dapat label lagi bagus. So mmg x payah nak keluarkan semua. Tips lain, cara susun bekas dalam peti ais pun kena ambil tahu juga.. Boleh letakkan bekas yg nk digunakan dahulu pada bahagian depan. Easy to access kan :)

5. Sediakan pes yang nak digunakan terlebih dahulu

Dalam bab ni, ramai mummy2 mmg acknowledge masa yang diambil utk penyediaan pes sesautu masakan..contohnye pes utk asam pedas, kari n mcm2 g..Boleh tahan gak lamanye nak sediakan..tambah2 klu nk sediakan cili kering yg diblend tu..huu..
Rata2 menu kita plak mmg x terlepas dengan cili kering, bawang, ikan bilis dll. So, utk jimatkan masa..bahan2 ni semua boleh disediakan terlebih dahulu..Contohnye boleh blend cili/bwg siap2. letak dalam bekas & masuk peti ais. Kalau nk lebih jimat & tahan lama, cili yg dh diblend tadi dimasukkan ke bekas/plastik kecik..letakkan amaun yg diperlukan utk sekali masak sahaja, then baru masukkn dlm freezer. InsyaAllah bleh tahan lama. Kalau nak masak, just keluarkan cili yang diperlukan sahaja..

Contoh penggunaan, sebelum ke pejabat Ummi akan keluarkan bekas cili yang hendak digunakan dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk.  Dengan cara ini, Ummi dapat mengelakkan cili kering dari menjadi berkulat.  Ianya juga menjimatkan kerana kita hanya akan mengeluarkan sedikit demi sedikit. Bila nk masak time sblh petang, just nice je cili tersebut cair & ready for cooking :)

Rasanya ini sahaja perkongsian buat masa ni.. InsyaAllah akan di'update from time to time.
One thing, bagi yang baru nak berjinak2 dengan dunia masakan ni, mungkin agak kelok & perlukan lebih masa utk practice. but no need to worries, InsyaAllah semuanya akan jd biasa & can control easily. Good luck :)

Sebagai bonus,
Ummi kongsikan resepi breakfast yang ringkas, cepat mudah & yang paling penting boleh milkbooster juga :)

Selamat mencuba

1. Roti Telur Cheese Mudah
(masa diperlukan : 3 -13 minit)

Bahan2:
Roti
Telur
Cheese Slice
Garam/serbuk lada hitam

Cara2:
Lengserkan piring dengan sedikit minyak/butter
Letak roti, diikuti dengan cheese slice. Tekan sedikit bahagian tengah cheese. Pecahkan telur & letakkan ke atas cheese tadi..Tabur sedikit blak pepper/ garam (ikut selera).
Sedia dibakar..

pilihan:
bakar dlm oven, 170 darjah selama 10 mnt @
masak menggunakan microwave dlm masa 40-60s je..

Sedia dihidang





 2. Roti Pita bersama hirisan daging
(masa diperlukan : 6 minit)

Bahan2:
Roti pita
Daging slice
Salad/tomato/timun
Cheese slice
Sos/mayonis

Cara2:
Goreng daging slice dgn sedikit minyak black papper & kicap.
Masukkan daging tersebut bersama cheese slice ke dalam roti pita.
Panaskan dalam microwave selama 50-60s supaya cheese cair & melekat.
Hidangkan bersama salad/timun/tomato & juga sos/mayonis kegemaran anda..

Selamat mencuba.

    




No comments:

Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015